Urutan selepas bersalin penting untuk mengembalikan bentuk badan seperti sebelum mengandung, mengurangkan ketegangan akibat kepenatan selepas melahirkan anak, melancarkan peredaran darah, membetulkan urat yang tegang semasa melahirkan anak, menenangkan fikiran, melancarkan darah nifas, mengembalikan rahim ke tempat asalnya, membuang angin dan menyihatkan badan.
1) URUTAN SELEPAS BERSALIN
-NAIKKAN PERANAKAN
-NAIKKAN SERI MUKA
-KEMBALIKAN TENAGA
-MEMULIHKAN BADAN
Seelok-eloknya badan diurut sebulan sekali selepas habis pantang terutama di perut kerana angin berkumpul di situ. Kebanyakan penyakit yang datang dalam tempoh berpantang juga punca daripada perut.
Selepas bersalin, kedudukan peranakan wanita sedikit 'lari' daripada kedudukan asal. Urutan bertujuan menaikkan rahim dan tidak boleh dilakukan dengan kasar terutama di perut kerana ia dikhutari menyebabkan kecederaan dalaman.